Monday, 12 October 2015

Tukar Blog Baru iPamRn :)

Blog ni dah tak aktif.
Sekarang guna blog baru 'iPamRn'


Thanks!
Jumpa sana :)


Monday, 8 December 2014

Buang Rasa Takut Semua Itu Tipu Belaka


Ada cerita di sebalik quote ni.
Power betul ayat ni..
Mampu merubah kehidupan ku.

Sekarang aku mampu tersenyum.
Gembira dengan hidup baru.
Rasa tak terbatas lagi kehidupan.
Rasa betapa besarnya dunia ini.
Bukan hanya di kepala sempit ku.

Buang rasa takut.
Insa'Allah.. You wil be free.








Wednesday, 19 November 2014

Oct.. Nov Bulan Stress Ku

Dugaan demi dugaan.. 
Setiap apa yang berlaku ada hikmah di sebaliknya.
Semoga Allah berikan aku kekuatan dalam menempuh setiap dugaan.
Semoga bekas suami ku (KC) juga tabah mengharungi segalanya.. 
Amin..

Hidup ini harus diteruskan.
Walau kadang rasa hilang arah.
Pada Nya juga aku kembali bersujud.
Memohon berkat & rahmat dalam hidup.

Kadang2 rasa sendirian menempuh dugaan.
Bila difikir lagi.. 
Bila diri dah kaku tak bermaya..
Hanya ditemani kain kapan..
Aku sendiri juga..
Sepi sendirian kegelapan..
Tiada apa yang yang dapat ku bawa untuk menemani ku.
Hanya amal ku..

Biar..
Biarkan aku tempuh dengan pasrah.
Ini hidup aku.. 
Aku yang paling layak tempuhi.
Bukan untuk mu..
Biarkan aku turuti kata hati ku..
Bukan kata2 mu..
Biar aku bebas mengatur arah mimpi ku..
Bukan mimpi & angan mu..
Biar aku tuju arah jalan ku..
Bukan jalan mu..

Aku redha dalam 2 bulan ni bermacam2 dugaan.
Tapi tak apa..
Bukan sekali aku jatuh & jatuh lagi.
Cuma kali ini aku harus lebih waspada.
Aku tak nak terus tersungkur. 
Setiap yang aku lalui ada lah pengajaran pada ku.
Pelajaran yang berharga.
Dan bukan lah sesuatu yang dapat mematahkan fikiranku.
Tapi sesuatu yang menyiram semangatku.
Memberikankan aku satu impian dalam hidup.
Arah tuju ku yang ku impikan.
Yang selama ini terkubur dalam jiwa ku.

Akan ku tepis suara sumbang yang menjatuhkkan impianku.
Semoga cahaya baru menjelma di tahun baru.